translate

Monday, September 5, 2011

6,000 Sertai Marathon Malam Putrajaya 2011

6,000 Sertai Marathon Malam Putrajaya 2011

KUALA LUMPUR – Seramai 6,000 peserta termasuk dari negara luar telah membuat pendaftaran menyertai Marathon Malam Putrajaya (PNM) 2011 yang akan berlangsung di Putrajaya pada 15 Oktober ini.

Pengarah Perlumbaan PNM 2011, V.Nithiaseelan berkata, meskipun pelancaran PNM 2011 baru saja diadakan pada 28 Julai lalu tetapi sambutan yang diterima daripada orang ramai setakat ini cukup menggalakkan.

“Kita telah menerima penyertaan seramai 6,000 pelari marathon termasuk dari Australia, Kenya dan Singapura dan kita hanya membuka pendaftaran untuk 10,000 peserta.

“Oleh itu kami mengesa orang ramai supaya membuat pendaftaran dengan segera sebelum kuota ini dipenuhi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nithiaseelan berkata, PNM 2011 ditaja oleh Bank Simpanan Nasional manakala NTV7 dan The Malays Mail merupakan rakan media.

Menurutnya, yuran pendaftaran PNM 2011 untuk acara `full marathon’ sebanyak RM75 manakala bagi `half marathon’ sebanyak RM62.

Tambahnya, yuran bagi larian sejauh 10 Kilometer pula RM55 dan RM35 bagi `Fun Run’ manakala yuran minimum Cabaran Korporat sebanyak RM2,000 bagi setiap pasukan yang terdiri daripada 10 pelari.

Jelas beliau, PNM 2011 menyediakan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM85,000 untuk diberi kepada 20 pemenang teratas bagi semua acara dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 September ini.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai PNM 2011 boleh melayari laman web

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Autos Cars New Designs - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons