KUALA LUMPUR – Model bertaraf antarabangsa yang memiliki rancangan realitinya sendiri, “Kimora: Life in the Fab Lane”, Kimora Lee Simmons mengejutkan banyak pihak apabila menuturkan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri!’ menerusi laman Twitternya.
“Al-kisahnya, secara umum selebriti Hollywood jarang mengendahkan perayaan yang diraikan oleh penganut muslim. Tetapi, Kimora Lee telah memecahkan sempadan agama & bangsa dengan membuat ucapan ringkas di laman Twitternya, @OfficialKimora,” menurut laman ohbulan.com.
Selebriti bertaraf A ini merupakan bekas presiden & pengarah kreatif Phat Fashions dan kekayaannya dianggarkan berjumlah puluhan juta dollar Amerika.
Kimora Lee, anak kelahiran St.Louis Missouri dan idola fesyen terkini mula mengasah bakatnya dalam bidang peragawati ketika berumur 11 tahun dan semenjak itu, kehidupanya telah banyak berubah menjadi bertambah baik.
Kimora Lee Simmons mula diterkenal apabila Karl Lagerfeld telah memilihnya sendiri menjadi peragawati untuk Chanel semasa dia hanya berumur 13 tahun.
Sebagai CEO untuk jenama pakaian Baby Phat, Kimora kini lebih dikenali bukan sahaja di dalam fesyen malah juga di dalam dunia perniagaan.
0 comments:
Post a Comment