translate

Sunday, September 4, 2011

Noramfaizul Dilindungi Insurans

Noramfaizul Dilindungi Insurans

KUALA LUMPUR – Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia pada Jumaat lepas, dilindungi dua polisi insurans yang diambil oleh Bernama, kata pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Ahad.

“Semua petugas Bernama dilindungi dua polisi insurans — insurans hayat dan dan insurans kemalangan diri yang terpakai di seluruh dunia,” kata beliau sebagai respons kepada spekulasi yang tersebar dalam internet bahawa Allahyarham Noramfaizul tidak dilindungi insurans semasa menjalankan tugasan terakhirnya itu.

Selain itu, Kelab Putra 1Malaysia turut mengambil polisi insurans kelompok kepada kesemua 55 anggota misi bantuan kemanusiaan ke Somalia.

Abdul Rahman berkata Bernama akan turut menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Autos Cars New Designs - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons